
Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat adalah percuma: LHDN
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.
LHDN menegaskan bahawa mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR itu dan setiap permohonan yang diterima secara dalam talian mahupun borang kertas, disemak mengikut prosedur ditetapkan serta tiada keistimewaan diberikan.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan permohonan BPR, orang ramai boleh menghubungi talian Hotline BPR LHDN Malaysia 1-800-88-2747; HASiL Live Chat; dan mengisi Borang Maklum Balas dalam portal rasmi LHDNM https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
