Permintaan tinggi punca telur gred C ‘hilang’ di pasaran

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

PENGKALAN BATU 29 Jan – “Jangan ambil kesempatan,” itu tegas EXCO Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem kepada semua peniaga khususnya peniaga makanan di negeri ini susulan dakwaan berlakunya kekurangan telur gred C di pasaran.

Katanya, kekurangan telur C di pasaran mungkin disebabkan faktor permintaan tinggi dalam kalangan peniaga pada ketika ini.

Namun, tegasnya, ia bukanlah tiket untuk mereka menaikkan harga kerana perbezaan harga telur mengikut gred tidaklah begitu ketara.

“Telur gred C mungkin ‘hot item’, ramai peniaga beli dan permintaan tinggi mungkin sebab itu tidak cukup permintaan.

“Tapi orang ramai masih ada pilihan kerana telur gred A dan B masih ada, jangan jadikan isu memandangkan harga telur gred B dan gred C hanya beza 2 sen sahaja.

“Jadi ingin saya ingatkan kepada peniaga agar tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk naikkan harga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2022, di sebuah pasaraya di Bachang, hari ini.

Beliau yang juga memegang portfolio Perpaduan, Hubungan Masyarakat dan Tenaga Kerja negeri berkata, bekalan telur Gred C tetap ada, namun ia mengambil sedikit masa untuk kembali berada di pasaran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, hasil hasil lawatan turun padang dilakukan mendapati harga yang ditawarkan kepada pengguna berpatutan dan mengikut garis ditetap bagi barangan yang berada dalam harga kawalan.

“Saya amat berpuas hati apabila ada diantara barangan harga kawalan yang dijual lebih murah dari ditetapkan contohnya timun batang yang dijual serendah RM0.88 sekilogram berbanding RM4.50.

“Selain itu ayam juga turut dijual RM7.88 sekilogram berbanding RM9.10 hingga RM10.10 yang ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

951
Kongsi :
Previous post Pelancongan ‘Glamping’ tarikan terbaharu Pulau Besar
Next post Jenazah bekas TYT Sarawak selamat dikebumikan
Ubah saiz-+=