
Permata Rim yang bakal berkilau
RIM 31 Julai – Kecemerlangan Nur Diyanah Hissyamuddin, anak jati Rim yang memperoleh keputusan cemerlang 9A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
Khaidhirah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini mengambil kesempatan bertemu dengan pelajar cemerlang itu yang bakal melanjutkan pelajaran tidak lama lagi.
Selain memberikan kata-kata semangat, beliau turut mengambil kesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada bagi meringankan beban pelajar itu.
“Seorang permata dari RIM yang berkilau. Saya berpeluang untuk menyampaikan sumbangan buat adik Nur Diyanah Hissyamuddin yang akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Mara & USM (Universiti Sains Malaysia) dalam bidang ‘Life Sciences’.
“Buat pengetahuan semua, adik Diyanah berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A (6A+ dan 3A) pada SPM yang lalu.
“Saya doakan adik Diyanah untuk terus cemerlang dalam kehidupan di alam Universiti nanti. Suatu hari nanti, kembalilah menabur bakti dan jasa di Rim,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...