Sorting by

×

Perkukuh keimanan Mualaf

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 29 Januari – Sebanyak 20 Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) dianjurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi dimanfaatkan oleh golongan asnaf di negeri ini.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berkata kelas berkenaan bertujuan membantu meningkatkan lagi tahap keimanan mualaf dan memastikan mereka menjalani kehidupan harian sebagai seorang Muslim sejati selepas mengucapkan dua kalimah syahadah.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi berkata, kelas KAFA berkenaan dianjurkan secara sistematik dan dikendalikan tenaga pengajar berpengalaman di Balai Islam seluruh Melaka.

“Alhamdulilah bagi bulan pertama (Januari) 2024 seramai 20 kita merekodkan seramai 20 saudara baharu dan sasaran sepanjang tahun ini akan ada seramai 150 mualaf.

“Kelas KAFA bagi memberi pendedahan kepada saudara baharu Muslim kita dikendalikan seramai 34 guru yang mempunyai tauliah,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Fardhu Ain Mualaf Negeri Melaka Tahun 2024/1445 Hijrah di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Badaruddin Mohd Kassim dan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis.

Menurut Rosli, setakat Januari 2024 seramai 5,000 mualaf direkodkan di seluruh Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

674
Kongsi :
Previous post ‘Abang rambut perang’ terkesima terima motosikal di KLIA
Next post Pembayaran STR fasa 1 bermula hari ini
Ubah saiz-+=