
Perkhidmatan Melaka River Cruise dihentikan sementara malam esok
BANDARAYA MELAKA 21 Feb – Perkhidmatan Melaka River Cruise akan ditutup beberapa jam bermula 9.30 malam esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.
Kenyataan dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sungai dan Pantai (PPSPM) memaklumkan, penutupan turut membabitkan pejabat pengurusan perkhidmatan bot pelancongan itu di Jalan Pengkalan Rama.
“Pejabat pengurusan akan ditutup awal bermula jam 1 tengah hari esok, kerja sanitasi ini adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan COVID-19.
“Perkhidmatan Melaka River Cruise akan disambung semula seperti biasa pada keesokannya bermula jam 9 pagi,” katanya.
Menerusi kenyataan sama PPSPM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...