PERKHIDMATAN KAUNTER KERAJAAN LEBIH CEKAP DAN EFISIEN

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BUKIT BARU 1 Oktober – Urusan di semua kaunter Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang tidak lagi ditangguhkan pada waktu rehat tengah hari, menjadikan perkhidmatan penjawat awam di Melaka semakin bermutu, cekap serta efisien.

Inisiatif berkenaan mendapat pujian daripada rakyat Melaka khususnya orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang amat menghargai pelaksanaan sistem perkhidmatan baharu itu yang memberikan kelapangan serta keselesaan kepada semua.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati rata-rata orang ramai berpuas hati dengan cara kerja baharu itu dan biarpunĀ  kali pertama pelaksanaan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Muhammad Farhan Esam, 23, berkata selepas ini dia tidak perlu lagi khuatir atau bimbang terpaksa menunggu lama jika mahu berurusan di mana-mana kaunter jabatan atau agensi kerajaan.

“Masa adalah kekangan utama dalam sistem sebelum ini, merancang perjalanan itu boleh tetapi kita tidak tahu mungkin ada kekangan lain di tengah jalan. Selain itu ada juga yang terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk berurusan, pasti berasa kecewa apabila kaunter ditutup.

“Pelanggan perlu tunggu sampai jam 2 petang kalau sampai sudah hampir dengan waktu rehat, idea Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ini amat bagus, memudahkan rakyat.

“Ini adalah satu teguran atau ‘wake up call’ untuk semua kakitangan, bila Ketua Menteri cakap baru semua jabatan dan agensi mahu laksanakan perkara ini,” katanya ketika ditemui di Zakat Melaka di sini, hari ini.

Sementara itu, Hani Farhana Amir, 27, pula berpendapatan, cara kerja baharu itu memberi ruang kepada orang ramai menguruskan perjalanan dan waktu mereka jika bercadang untuk berurusan di kaunter kerajaan.

“Memang bagus laksanakan sebab kita senang untuk berurusan di kaunter meskipun pada waktu rehat operasi tetap diteruskan. Tetapi di Zakat Melaka setakat ini perkhidmat amat bagus, tidak kira waktu pasti ada pegawai yang menyambut saya termasuk ketika rehat tengah hari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

82
Kongsi :
Previous post OPERASI KAUNTER KERAJAAN KINI LEBIH FLEKSIBEL
Next post KAUNTER ZAKAT MELAKA TAK PERNAH TUTUP
Ubah saiz-+=