Sorting by

×

PERKHIDMATAN BECA TERATUR, TAMPIL IMEJ LEBIH KEMAS

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 6 September – Lima syarat tambahan digariskan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk syarat dan kaedah permohonan menjadi pengayuh beca menjelang 2025.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata lima syarat tersebut merangkumi kawalan bunyi; pakaian; perhiasan pada beca; tambang beca; laluan yang digunakan dan kelajuan.

Katanya, syarat tambahan itu terpakai untuk semua pengayuh beca yang terpilih selepas melepasi sesi saringan dan temuduga akan dilaksanakan pada Oktober serta November depan.

“MBMB hanya membenarkan pemasangan lagu tradisional atau yang menggambarkan Melaka; muzik pula tidak melebihi 65 desibel dan tidak boleh memainkan lagu selepas jam 12 tengah malam.

“Pakaian seragam akan dibekalkan MBMB; sementara itu perhiasan atau iklan ingin dipamerkan perlu mendapat permit MBMB dan mestilah tidak berunsur negatif, menyentuh sensitiviti politik atau agama.

“Kelajuan pula hanya lima kilometer sejam (km/j), tidak dibenarkan mengayuh secara berbahaya dan hanya dibenarkan membawa penumpang mengikut laluan dibenarkan sahaja,” katanya pada sidang media Garis Panduan Pengayuh Beca Negeri Melaka di MBMB Graha Makmur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata tambang beca yang dikenakan pula tidak melebihi RM50 per jam, namun jika melebihi tempoh itu pengayuh boleh mengenakan caj yang sepatutnya.

“Pengayuh beca tidak melawan arus, ia satu kesalahan. Jika syarat tambahan ini dilanggar. Jika dilanggar pengayuh beca boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 107 Akta 171; Undang-Undang Kecil Beca MBMB 2024; Seksyen 46 Akta 133 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

145
Kongsi :
Previous post MENU RM10, TARIKAN BAHARU TMM2024
Next post POLIS TAHAN PENGASUH TASKA DIDAKWA DERA DUA BERADIK
Ubah saiz-+=