PERKESO sasar wujudkan 300,000 peluang pekerjaan tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

AYER KEROH 18 Jun – Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Melaka Careertrans antara usah dijalankan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, apa yang menarik sepanjang tahun ini, difahamkan PERKESO berusaha mencapai sasaran untuk mewujudkan lebih 300,000 peluang pekerjaan.

Sulaiman berkata, usaha itu amat perlu berikutan sepanjang tempoh dua tahun ini ramai rakyat di seluruh negara termasuk Melaka kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 menyebabkan ada yang terputus punca pendapatan.

“Kerajaan negeri amat menyambut baik dan komited untuk memberikan sepenuh sokongan terhadap pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat khususnya dalam membantu rakyat dan merancakkan semula ekonomi negara.

“Usaha murni seperti yang dilaksanakan oleh PERKESO hari ini, untuk membantu menghubungkan majikan dan pencari kerja menerusi penganjuran karnival kerjaya secara berterusan di seluruh negara wajar dipuji kerana dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Melaka Careertrans yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO Azirruan Ariffin, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, EXCO Tenaga Kerja Ngwe Hee Sem dan EXCO Pendidikan Datuk Rais Yasin.

Karnival yang berlangsung dua hari bermula hari ini dan esok itu membabitkan 37 majikan di Melaka yang menawarkan sebanyak 11,000 jawatan kosong.

Katanya, berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO sejak 2021 hingga 1 Jun tahun ini 1,254 individu di Melaka hilang hilang pekerjaan.

“Kadar pengangguran di Melaka semakin terkawal pada kadar 3.1 peratus iaitu dibawah kadar pengangguran nasional.

“Saya yakin penganjuran Karnival Jamin Kerja Melaka Careertrans 2022 merupakan paltform yang terbaik untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Kadar pengangguran dan permintaan tenaga kerja juga dijangka akanbertambah baik susulan pembukaan sektor ekonomi serta pemansuhan had waktu operasi perniagaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1112
Kongsi :
Previous post Melaka TV kini berwajah baharu
Next post Potensi ekspo pendidikan skala besar pada tahun akan datang
Ubah saiz-+=