PERKESO sasar 6,548 penempatan pekerjaan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 13 Julai – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyasarkan sebanyak 6,548 penempatan pekerjaan diwujudkan kepada pencari kerja di Melaka sepanjang tahun ini.

Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk Seri Subahan Kamal berkata, berdasarkan data yang direkodkan sejak Januari hingga 7 Jun lalu, sebanyak 2,475 pencari kerja telah berjaya mendapatkan pekerjaan di negeri ini.

“Sebenarnya ada banyak lagi peluang pekerjaan yang disediakan bukan sahaja untuk pencari kerja, bahkan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Di Melaka, kita melihat peluang untuk pencari kerja amat tinggi kerana selain dikenali sebagai negeri bersejarah, Melaka juga mempunyai banyak kawasan industri yang menawarkan pelbagai kekosongan.

“Kita juga dimaklumkan bahawa lebih ramai pelabur dari Jerman akan datang ke Melaka dan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kekosongan jawatan yang dibuka tidak akan berhenti dan sentiasa berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Kerjaya MYFutureJobs Melaka Careertrans 2024 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini, hari ini.

Selain karnival kerjaya yang diwujudkan, Subahan turut menyeru rakyat Melaka yang masih mencari pekerjaan untuk datang ke temu duga secara ‘walk in’ yang disediakan PERKESO di Pejabat PERKESO Negeri di Pusat
Transformasi Bandar (UTC) Melaka dan Pusat Komuniti Desa (PKD) di daerah-daerah Negeri Melaka.

Beliau turut mengalu-alukan majikan yang mempunyai kekosongan jawatan untuk menggunakan fasiliti yang disediakan oleh PERKESO di Pejabat PERKESO Negeri Melaka untuk melakukan sesi temu duga kepada pencari kerja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

208
Kongsi :
Previous post Perhebat gotong-royong, atasi kes denggi
Next post Banteras rasuah sambil gotong-royong
Ubah saiz-+=