Sorting by

×

Perkeso Melaka bayar faedah hampir RM29 juta kepada pencarum

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MACHAP JAYA 20 Disember – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka telah membuat pembayaran faedah berjumlah hampir RM29 juta kepada pencarum yang layak sejak Januari hingga November tahun ini.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, jumlah itu membabitkan 18,327 kes dari pelbagai kategori iaitu faedah Hilang Upaya Sementara (HUS), Hilang Upaya Kekal (HUK), Orang Tanggungan (FOT), Pencen Ilat, Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM).

“Dalam tempoh 11 bulan ini Perkeso sudah membuat bayaran faedah sebanyak RM28,253,207.10 dan bayaran tertinggi membabitkan bayaran kepada HUS dengan jumlah RM16,719,747.12.

“Ia kemudian diikuti bayaran FPM sebanyak RM1,517,282.87 dan HUK dengan nilai RM8,968,230.59. Untuk pencen Penakat dan Ilat juga jumlah bayaran dibuat juga tinggi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan faedah kepada Orang Berinsurans (OB) yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar, di Tebong, hari ini.

Menurut Hee Sem, menerusi lawatan itu Skuad Perkeso Prihatin Perkeso telah menyampaikan dua faedah kepada OB yang mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan jalan raya membabitkan jumlah hampir RM202,000 beserta keperluan seperti lampin pakai buang dan susu khas.

“Untuk OB yang pertama iaitu Muhammad Haikal Mohammad Taha, 20, yang mengalami hilang upaya kekal selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menerima faedah berjumlah RM64,745 yang dibayar secara pukal bagi bayaran pertama dan bayaran bulanan berjumlah RM1,430 selain tambahan Elaun Layan Sentiasa (ELS) turut diberikan kepada penjaga.

“Manakala untuk OB kedua pula, Po Shu Ting, 28, yang turut mengalami nasib sama akibat kemalangan menerima bayaran berjumlah RM137,128.40 termasuk barangan pemulihan seperti lampin pakai buang dan ‘urine bag’ bagi kegunaan harian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3138
Kongsi :
Previous post Agong titah mangsa banjir patuh arahan berpindah ke PPS
Next post MPAG kutip RM17.15 juta cukai taksiran
Ubah saiz-+=