Perkasakan industri koko Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DURIAN TUNGGAL 19 September – Industri koko di Negeri Melaka akan diperkasakan lagi dan dijadikan sebagai salah satu produk eko pelancongan, sekali gus menarik lebih ramai pelawat ke negeri ini.

Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Masrul Faizal Mohamad berkata, ketika ini pengeluaran koko premium yang menyumbang kepada penghasilan coklat negara menjadi kekuatan industri itu di Negeri Melaka.

Katanya, bagi memperkasakan lagi industri itu pihaknya bercadang mewujudkan sebuah kawasan khusus bertujuan untuk mempromosikan, memberikan pendedahan dan pendidikan mengenai penanaman koko di Negeri Melaka kepada pelancong domestik serta asing.

“Kami mahu pelawat merasai sendiri pengalaman menanam pokok koko, memetik buah dan diberi pendedahan mengenai proses menghasilkan koko premium berkualiti yang sudah terkenal di peringkat antarabangsa.

“Jadi pelawat bukan sekadar datang dan membeli produk sudah siap, sebaliknya tahu bagaimana proses menghasilkan coklat daripada biji koko.

“Secara tidak langsung kita dapat mempelbagaikan lagi produk pelancongan tempatan, pelawat juga ada pilihan tempat persinggahan menarik bukan sekadar datang ke Negeri Melaka dan menikmati ikan bakar sahaja,” katanya.

IMG-20220919-WA0003
MASRUL (kanan) ketika melawat ke Ladang Koko syarikat Ting Agro Enterprise di Durian Tunggal.

Beliau berkata, demikian ketika mengadakan lawatan ke Ladang Koko syarikat Ting Agro Enterprise di Durian Tunggal di sini, hari ini.

Lawatan itu turut disertai Setiausaha Politik Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2360
Kongsi :
Previous post Kemalangan jalan raya: Lebih 1,000 kematian babitkan kanak-kanak
Next post Dana bantu penerbitan filem berunsur kenegaraan diwujudkan – Annuar
Ubah saiz-+=