Sorting by

×

Perkasa misi pembangunan eko lestari di Jasin

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 23 Mei – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mohd Shaiful Hizam Johan mahu meneruskan misi membangunkan projek-projek bercirikan eko lestari di daerah itu.

Mohd Shaiful Hizam yang baharu dilantik menerajui MPJ berkata, misi eko lestari itu akan difokuskan di kawasan atau zon sekitar Jasin dan Merlimau yang sedang pesat membangun ketika ini.

“Saya akan menggandakan usaha agar hala tuju pembangunan Jasin seperti digariskan dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Jasin 2035, dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita akan pastikan pembangunan sekitar Jasin dan Merlimau yang sedang pesat ketika ini dilaksanakan dengan terancang dan tersusun,” katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua MPJ di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Angkat Sumpah Yang Dipertua MPJ Ke-9 di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama menyaksikan majlis itu adalah Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas-tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Saleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan serta Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

123
Kongsi :
Previous post Daftar segera, elak petani keciciran terima bantuan
Next post Tambah peguam syarie, tingkat kualiti Mahkamah Syariah
Ubah saiz-+=