Sorting by

×

PERKASA AGENDA WANITA

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 7 Januari – Lebih banyak program berimpak tinggi yang berkaitan wanita akan dianjurkan sepanjang tahun ini, kata Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin.

Katanya, program berkenaan akan dipastikan memberi manfaat kepada semua golongan hawa di Negeri Melaka tanpa mengira batasan kaum.

“Bagi Bajet 2025 Kerajaan Negeri menyediakan jumlah peruntukan sama seperti 2024, jadi dana berkenaan akan digunakan sebaiknya agar memberi faedah kepada semua kaum hawa di Melaka.

“Matlamat saya tahun ini, program yang dirancang melibatkan penyertaan lebih ramai wanita daripada kaum Cina, India dan lain-lain, tidak terhad kepada Melayu sahaja,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu berkata, pengisian program yang bakal diadakan itu sudah pastinya akan membantu wanita untuk mempersiapkan diri, sekali gus menjadikan kaum hawa lebih berdaya saing.

Kalsom berkata, antara fokus bagi 2025 adalah menganjurkan program berbentuk latihan kemahiran dan juga advokasi agar wanita dapat bersama-sama menyumbang kepada masyarakat serta pembangunan ekonomi.

Jelasnya, pihaknya juga bersedia memberikan peruntukan kepada pihak yang bercadang menganjurkan program berkaitan wanita namun ia perlu memenuhi ketetapan disediakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

87
Kongsi :
Previous post REMAJA 17 TAHUN HILANG SEJAK 29 DIS DITEMUKAN SELAMAT DI CHERAS
Next post TUNGGU PENGUMUMAN SYARAT PERMOHONAN KURSUS KAHWIN PERCUMA
Ubah saiz-+=