Sorting by

×

Perkampungan Portugis meriah dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

UJONG PASIR 25 Dis – Lebih 1,000 penduduk Perkampungan Portugis teruja dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman pada perayaan Krismas tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Perkampungan Portugis, Marina Linda Danker berkata, meskipun pemimpin negeri itu sibuk dengan jadual yang padat, namun Sulaiman sudi menerima jemputan penduduk kampung untuk memeriahkan sambutan perayaan itu.

Katanya, selain beramah mesra, Ketua Menteri itu sempat bertanya permasalahan dihadapi penduduk setempat supaya tindakan lanjut diambil.

“Kami tidak menyangka beliau mahu melawat beberapa kediaman dan bertanya khabar serta permasalahan penduduk setempat.

“Malah tahun sebelum ini beliau juga menghadiri sambutan Krismas di sini, segala permasalahan terdahulu diambil serius sebelum tindakan lanjut dilakukan.

“Kami penduduk Perkampungan Portugis ada membuat permohonan seperti membaik pulih infrastruktur seperti lampu jalan, perhiasan pada pokok untuk sambutan Krismas serta pembaikan papan tanda jalan, semua tindakan dilakukan dengan cepar,” katanya.

SULAIMAN (tiga dari kiri) tiba di Perkampungan Portugis bagi memeriahkan sambutan Krismas di sini

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk kampung, Lucy Fernandes, 82 yang menerima sumbangan daripada kerajaan negeri sempena perayaan itu turut melahirkan rasa gembira dengan kehadiran Sulaiman.

“Saya gembira beliau sanggup turun padang memeriahkan suasana Krismas, meskipun tidak dapat menyambut secara besar-besaran namun kehadirannya sudah cukup menunjukkan tanda prihatin kepada rakyat Portugis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2218
Kongsi :
Previous post Krismas: Sulaiman santuni penduduk Perkampungan Portugis
Next post Banjir: Jumlah mangsa menurun di semua lima negeri
Ubah saiz-+=