Sorting by

×

Perjuangan Dr Akmal berhasil, JPA umum cuti bergaji lima hari jaga anak kuarantin

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 7 MAC – Cadangan yang dibawa EXCO Kesihatan Melaka agar memasukkan COVID-19 sebagai senarai penyakit berjangkit berhasil selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling baharu, bertarikh 4 Mac lalu.

Menerusi pekeliling itu, JPA membuat penambahbaikan cuti kuarantin dengan memasukkan cuti lima hari bagi penjawat awam menjaga anak yang dijangkiti COVID-19.

Kemudahan cuti kuarantin itu telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) yang mana penjawat awam layak mendapat cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan tersebut.

Bagaimanapun, kemudahan cuti kuarantin itu hanya diberikan kepada anak-anak berumur bawah 18 tahun dan bawah 21 tahun sekiranya masih belajar.

Muhamad Akmal dalam satu kenyataan hari ini, menzahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan JPA yang sudi mendengar keluhan rakyat.

Beliau turut berharap syarikat swasta dapat mengikuti pekeliling sama bagi pekerja mereka yang terpaksa menjaga anak yang sedang menjalani kuarantin selepas dijangkiti COVID-19.

“Saya percaya ia akan meringankan bebanan para pekerja apabila mereka tidak perlu lagi mengambil cuti tahunan untuk menjaga anak yang sedang dikuarantin akibat positif COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1629
Kongsi :
Previous post Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama dadah bernilai RM73,000
Next post Hampir 300 mangsa banjir dipindahkan ke 8 PPS – MB Selangor
Ubah saiz-+=