Perhimpunan Agung Khas UMNO lulus dua pindaan perlembagaan parti
KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan dua pindaan perlembagaan parti termasuk membabitkan ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya gugur keahlian dengan sendirinya.
Pindaan yang melibatkan Fasal 20.11 itu untuk disesuaikan dengan peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti sebagaimana Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dikuatkuasakan mulai 5 Okt lepas.
Pindaan lain yang diluluskan ialah meletakkan ketua penerangan bahagian sebagai mereka yang automatik menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun, melibatkan pindaan pada Fasal 8.4.
Kelulusan kedua-dua pindaan tersebut disahkan Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin yang menyatakan pindaan tersebut lulus dengan lebih suara bersetuju.
Terdahulu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika membentangkan pindaan tersebut berkata ia dipinda bagi memastikan peruntukan oleh parti bersifat terkini dan selari dan peruntukan semasa dan undang-undang negara.
Perhimpunan agung kali ini melibatkan 2,648 perwakilan dan 174 pemerhati, iaitu ketua penerangan bahagian, menjadikan jumlahnya 2,822 orang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
500 ANAK HANG TUAH JAYA KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN ‘SEMANGAT’ BAHARU
AYER KEROH 26 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 500 penerima sumbangan Program Kembali Ke Sekolah 2025...
MELAKA BILA LARUT MALAM: TARIAN SINGA DI MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 26 Januari - Menara Taming Sari Berhad (MTSB) akan menampilkan kelainan pada Program Melaka Bila Larut Malam Edisi...
MBMB TERIMA TIGA ANUGERAH DI MIP EXCELLENCE AWARDS 2024
AYER KEROH 26 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berjaya menggondol tiga anugerah, sekali gus mengiktiraf pelbagai inisiatif dilaksanakan...
HAMPIR 100 PROGRAM DIRANGKA BAGI MERIAHKAN W.R.U.R DUN PENGKALAN BATU
PENGKALAN BATU 26 Januari - Hampir 100 program dan aktiviti dirangka bagi memeriahkan penganjuran Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) Dewan...
ROZIAH TIDAK JEMU BACA AYAT SUCI AL-QURAN
BANDARAYA MELAKA 26 Januari -Minat mendalam terhadap al-Quran antara yang mendorong Roziah Latif, 55, mengambil bahagian dalam pertandingan hafazan bagi...
NELAYAN HANYUT: SEORANG SELAMAT TIBA DI MALAYSIA, RAKAN MASIH TUNGGU DOKUMEN LENGKAP
MUAR 25 Januari - Tiada ungkapan yang mampu diluahkan nelayan Rosenizam Maharam, 55, selain hanya memanjatkan rasa kesyukuran apabila selamat...