
Perhilitan Melaka pasang perangkap buaya
KLEBANG 17 Mei – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Melaka akan memasang perangkap di Sungai Pulau Gadong bagi menangkap buaya yang membaham haiwan ternakan, dalam kejadian 14 Mei lalu.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, tindakan itu dilakukan bagi memindahkan buaya berkenaan ke tempat yang lebih sesuai, selamat dan jauh dari penempatan.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan, difahamkan terdapat tiga ekor buaya yang kelibatnya sering kelihatan di sungai berkenaan, termasuk seekor daripadanya bersaiz besar.
“Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius mengenai aduan ini, jadi, untuk permulaan, satu perangkap akan dipasang dengan kadar segera bagi memindahkannya ke tempat yang sesuai dan selamat.
“Ini kerana kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini bagi mengelakkan berlakunya konflik di antara hidupan liar dengan manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Pengarah Perhilitan Negeri Melaka Petra Sulai di sungai berkenaan, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...