Sorting by

×

PERHALUSI PERUNTUKAN UNTUK MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDARAYA MELAKA 28 Oktober – Kerajaan Persekutuan diminta memperhalusi segala peruntukan kepada Negeri Melaka dalam dasar Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe13) agar dapat terus memacu prestasi cemerlang, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, berdasarkan Statistik Laporan Ekonomi dan Sosial Negeri Melaka oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi Melaka berkembang sederhana iaitu sebanyak tiga peratus pada 2023 dengan merekodkan KDNK sebanyak RM46.9 bilion.

Mengulas lanjut Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Negeri Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus atau bersamaan RM24 bilion.

“Kemudian diikuti sektor pembuatan dan pertanian masing-masing menyumbang sebanyak 36.1 peratus dan 10.3 peratus.

“Momentum ini terus diperkukuh dengan mencatatkan kadar inflasi Negeri Melaka pada paras terkawal iaitu 2.4 peratus selari dengan kadar nasional iaitu pada paras 2.5 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) bersama Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Negeri Melaka di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama pada sesi itu adalah Ketua Menteri Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Menteri Ekonomi Rafizi Ramli;  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, barisan Exco serta timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

89
Kongsi :
Previous post TMM2024 MERIAH HINGGA HUJUNG TAHUN
Next post PESTA DEEPAVALI 2024 PALING MERIAH
Ubah saiz-+=