
Perhalusi penukaran nama Bukit St. Paul
AYER KEROH 10 Ogos – Kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan menukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka berdasarkan faktor sejarah yang ada.
Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, penukaran nama itu hanyalah cadangan, namun ia tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya.
“Perkara ini pun belum dibincangkan di peringkat mesyuarat kerajaan negeri, setakat hari ini saya belum menerima pun laporan untuk tukarkan nama tersebut.
“Itu hanya pandangan sejarawan saja, boleh bagi cadangan tetapi bila nak tukar kita kena tengok, perhalusi sebab nama-nama itu sesuai dengan Melaka negeri bersejarah atau bandar warisan dunia (BWD),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Negeri Melaka.
Bagaimanapun katanya, cadangan itu perlu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selain mendapat keputusan bersama.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...