
Perhalusi kebenaran rentas negeri pasangan PJJ, ziarah ibu bapa – TPM
KUALA LUMPUR 22 Julai – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan bagi memberi kelonggaran merentas negeri bagi penerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Kebenaran itu akan diberikan khususnya buat pasangan jarak jauh (PJJ) dan ibu bapa yang terpisah daripada anak-anak berikutan larangan rentas negeri dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan di Facebook berkata, cadangan itu akan diangkat ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.
“Melihat kepada komen-komen yang diberikan netizen di media sosial, saya dapati ramai yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibu bapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.
“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia. Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama.
“Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin.
“Insya-Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...