
Perginya sahabat baik, rakan perjuangan – KM
AYER KEROH 29 September – Pemergian Allahyarham Datuk Ashakari Abu Noor disifatkan sebagai kehilangan besar buat Negeri Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Allahyarham yang juga mantan Setiausaha Khas Perhubungan Ketua Menteri Melaka dianggap sebagai sahabat baik dan rakan perjuangan yang dekat dihatinya.
Menurutnya, sepanjang perkenalan, Allahyarham yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka terkenal sebagai insan yang memiliki semangat juang dan berwawasan tinggi.
“Secara peribadi, saya kehilangan seorang rakan perjuangan dan sahabat baik yang setia, ceria dan cukup dekat di hati saya.
“Pemergian Allahyarham Datuk Ashakari bukan saya dirasai oleh kepemimpinan parti dan masyarakat, namun saya percaya ia turut ditangisi oleh warga Duyong yang cukup disayangi Allahyarham hingga ke akhir hayatnya.
“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Ashakari. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Ashakari dilaporkan meninggal dunia pagi tadi pada usia 58 tahun ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...