
Perdana Menteri ucap Selamat Hari Ponggal kepada masyarakat India
KUALA LUMPUR, 14 Jan – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada kaum India yang meraikan sambutan itu di negara ini.
Dalam hantaran Facebook rasmi beliau, Muhyiddin berharap mereka masih dapat meraikan sambutan itu bersama-sama keluarga walaupun tiada aktiviti kunjung-mengunjung dapat dilakukan.
Ponggal merupakan perayaan yang disambut selama empat hari bermula hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil bersempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima.
Ponggal adalah perkataan Tamil yang bermaksud ‘mendidih susu sehingga melimpah’ yang merupakan simbolik hidup seseorang akan dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...