PERDANA MENTERI SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DUN PANTAI KUNDOR

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PANTAI KUNDOR 26 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM82,400 kepada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor yang terjejas akibat bencana banjir.

Sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyantuni kesemua mangsa.

Beliau berkata jumlah peruntukan tersebut disalurkan kepada seramai 313 penerima sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada mangsa banjir di Melaka.

“Alhamdulillah hari ini saya mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan khas kepada penduduk terkesan banjir. Kita sedia maklum sekarang ini musim tengkujuh dan banyak tempat dilanda banjir, jadi saya mahu sampaikan pesan kepada rakyat sekiranya berlaku banjir, patuhi arahan agensi keselamatan.

“Ini kerana ada yang tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga menyukarkan tugas pasukan keselamatan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan Bunga Tanjung MBMB, di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2024 11 26 At 1.53.53 Pm
SEBAHAGIAN mangsa banjir DUN Pantai Kundor yang menerima sumbangan tersebut.

Hadir sama mengiringi beliau, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi@Mohd Hasim.

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata mengikut prosedur operasi standard (SOP), sebelum ini bantuan banjir hanya diberikan kepada mangsa yang berpindah ke PPS sahaja.

“Namun kita mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri supaya dapat membantu juga mereka yang tidak berpindah ke PPS tetapi mendaftar di PPS,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

68
Kongsi :
Previous post LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU, SIMPAN DALAM PETI SEJUK
Next post ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
Ubah saiz-+=