Perdana Menteri ajak umat Islam baca, hayati al-Quran
KUALA LUMPUR, 18 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak umat Islam membaca dan menghayati al-Quran agar tergolong dalam kalangan insan yang bertakwa.
Beliau menerusi catatan di Facebook hari ini berkata Ramadan antara masa terbaik untuk umat Islam menghayati kandungan kitab suci itu dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT.
“Pada 17 Ramadan, ayat pertama al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’.
“Alhamdulillah, Fasa Peralihan Ke Endemik kini juga membolehkan kita bersama-sama bertadarus di masjid,” katanya.
Catatan Facebook itu turut memuatkan poster Salam Nuzul Al-Quran daripada Perdana Menteri.
Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAHAP KEBERSIHAN TAK MEMUASKAN, DAPUR DUA HOTEL DIARAH TUTUP
AYER KEROH 22 November - Dapur di dua hotel di negeri ini diarahkan tutup selepas kebersihan di premis berkenaan berada...
ANGGOTA POLIS DIDAKWA CURI RANTAI LEHER, RANTAI TANGAN MILIK WANITA YANG MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR 22 November - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan...
AGENSI PERUMAHAN PERLU SEDIAKAN KEDIAMAN SELESA, BERKUALITI
BANDARAYA MELAKA 22 November - Agensi dan pemain industri perumahan setiap negeri perlu memainkan peranan sebagai penyedia kediaman yang selesa...
SANG BEDAL MASUK PERANGKAP DI SUNGAI MALIM
KESIDANG 22 November - Buaya tembaga jantan sepanjang lebih tiga meter berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara...
JPS PANTAU KAWASAN RENDAH, BERISIKO TERKESAN FENOMENA AIR PASANG BESAR
AYER KEROH 22 November - Pemantauan berterusan dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka di lokasi berisiko tinggi dilanda...
MASJID TANAH, MERLIMAU KAWASAN ‘KRITIKAL’ BANJIR
AYER KEROH 22 November - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka mengenal pasti sebanyak 124 lokasi kerap berlaku banjir...