Sorting by

×

PERARAKAN BOT PEMBUKA TIRAI MALAM GALA AFA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Oktober- Perarakan 10 bot Melaka River Cruise (MRC) membuka tirai Majlis Makan Malam Gala ASEAN Festival Of Arts (AFA) di Pengkalan Rama, di sini, malam tadi.

Kesemua 10 bot terbabit membawa seramai 180 peserta Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa 2024 mewakili enam negara dan empat negeri.

Lebih menarik apabila peserta turut menggayakan pakaian tradisi Negeri Melaka, Selangor, Sabah dan Sarawak, Uzbekistan, Korea Selatan, Filipina, Tanjung Pinang, Bengkalis serta Thailand.

Majlis makan malam penghargaan itu turut dihadiri wakil delegasi Menteri-Menteri Kebudayaan dan Kesenian Asia Tenggara (ASEAN) Ke-11 (AMCA Ke-11).

Antara pengisian sepanjang majlis tersebut adalah persembahan daripada penari dan pemuzik kebudayaan daripada 10 negara ASEAN.

Kesemua persembahan istimewa itu dilakukan diatas pentas terapung yang diceriakan lagi dengan teknik pencahayaan dan latar bunyi yang menarik.

Hadir menyempurnakan majlis makan malam tersebut adalah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Warisan dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Yang turut hadir adalah Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco dan Timbalan Exco serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

278
Kongsi :
Previous post PUSINGAN ‘U’ BERTINGKAT KURANGKAN 50 PERATUS KESESAKAN
Next post AMCA DAN SOMCA TUMPU TIGA AGENDA UTAMA, TINGKAT KERJASAMA BUDAYA
Ubah saiz-+=