Sorting by

×

Peranti Siswa beri manfaat kepada pelajar – KM

Masa Membaca:58 Saat

DURIAN TUNGGAL 19 Oktober – Kerajaan Negeri berharap lebih ramai pelajar institut pengajian tinggi (IPT) B40 diberikan kemudahan peranti siswa pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, peranti dibawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia mampu membantu pelajar kurang berkemampuan mendapatkan maklumat diperlukan sepanjang mengikuti pengajian di universiti.

“Hari ini sahaja seramai 3,109 pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima peranti ini untuk kemudahan pembelajaran mereka.

“Saya nasihatkan kepada mereka yang menerima peranti ini agar menjaganya dengan sebaik mungkin, jangan salah guna kemudahan ini yang sangat berfaedah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Peranti Siswa UTeM & Pelancaran Karnival Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat UTeM di Dewan Canselor UTeM, di sini, hari ini.

Hadir sama Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTeM, Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif dan lain-lain kenamaan.

Sulaiman turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas inisiatif dilaksanakan.

“Terima kasih kepada KKOM dan juga KPT atas usaha ini sehingga kita dapat edarkan peranti siswa seperti yang diharapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2431
Kongsi :
Previous post Kenal siapa kawan dan lawan, elak tembak kaki sendiri – PM Ismail Sabri
Next post SPR jadi tumpuan esok, umum tarikh penting PRU15
Ubah saiz-+=