Sorting by

×

PERANAN PENGAMAL MEDIA TERUS DIPERKASAKAN

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 9 Februari – Peranan pengamal media dalam menyampaikan maklumat mampu membentuk pola pemikiran masyarakat.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim, menegaskan bahawa etika kewartawanan dalam penyampaian berita mesti dipatuhi agar maklumat dikongsi adalah tepat dan tidak disalah tafsir.

“Seperti saya katakan peranan pengamal media sangat penting terutama dalam cabaran media sosial pada masa kini.

“Kita kena pastikan maklumat disampaikan kepada itu adalah benar dan boleh membentuk pemikiran masyarakat.

“Itulah pentingnya pengamal media yang sentiasa berpegang kepada etika kewartawanan sebenar berdasarkan kepada fakta yang sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Boling Media Parlimen Hang Tuah Jaya X PENDIKA di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) di sini, hari ini.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata pengamal media juga adalah landasan yang benar untuk membantu kerajaan menyampaikan dasar.

“Jadi kita kena pastikan bahawa rakan rakan media kita boleh terus mengamalkan etika kewartawanan yang baik, bebas dan berdasarkan kepada fakta kebenaran.

“Ia boleh menjamin keharmonian kita sebagai sebuah masyarakat berbilang bangsa sekali gus memastikan keharmonian negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

117
Kongsi :
Previous post PROGRAM IMUNISASI INFLUENZA WARGA EMAS BERMULA 18 FEB
Next post PENGURUS RUGI RM2.56 JUTA DITIPU PELABURAN KRIPTO TIDAK WUJUD