Perak sumbang RM1,000 kepada keluarga pelajar USAS maut dalam kemalangan
KUALA KANGSAR, 12 Mei – Kerajaan Perak memberi sumbangan RM1,000 kepada setiap keluarga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam tadi.
Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Datuk Sham Mat Sahat berkata sumbangan itu bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.
“Saya mewakili Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan sumbangan peribadi kepada lima keluarga mangsa nahas itu hari ini,” katanya yang ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri turut merakamkan takziah kepada keluarga terbabit dan menanggung segala perbelanjaan termasuk penginapan mereka di Lanai Casuarina di sini sehingga urusan berkaitan selesai.
Lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu ialah Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MEDIA BANTU SEBARKAN FUNGSI, PERANAN APM
AYER KEROH 19 November - Peranan media menjadi platform penting dalam menyebarkan fungsi dan tugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)...
LEBIH 15,000 INDIVIDU BEKERJA SENDIRI DI MELAKA CARUM SKSPS
BANDA HILIR 19 November - Seramai 15,741 orang telah berdaftar dan mencarum menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi...
LURUAN MONSUN: HUJAN LEBAT BERTERUSAN DIJANGKA HINGGA HUJUNG NOVEMBER
PUTRAJAYA 19 November - Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan...
PENGANGGUR DICEKUP, DISYAKI PECAH MASUK RUMAH GURU
JASIN 19 November - Seorang lelaki dicekup polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Maju, di sini....
MELAKA TUAN RUMAH SPEN 2024
AYER KEROH 19 November - Melaka akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Simposium Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia (SPEN) 2024 bermula esok...
SERANGAN JANTUNG, SEBELUM LEMAS
ALOR GAJAH 19 November - Punca kematian lelaki warga emas yang ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan,...