
Perajurit Muda TUDM jauhi aktiviti tidak sihat, menyalahi undang-undang negara
IPOH, 14 Mei – Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru menamatkan latihan diingatkan supaya sentiasa menjauhi dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang perkara yang tidak sihat dan menyalahi undang-undang negara.
Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata perajurit muda perlu mengelakkan diri mereka daripada terlibat dengan najis dadah, rasuah dan segala bentuk aktiviti yang akan mencemar nama baik TUDM.
“Pihak pengurusan TUDM tidak akan sekali-kali berkompromi dengan anggota yang didapati melanggar tatatertib dan disiplin yang bertentangan dengan perundangan perkhidmatan dan undang-undang sivil seterusnya akan menjatuhkan imej perkhidmatan,” katanya semasa berucap pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 64/2021 di Padang Kawad Akademi Tentera Udara di sini hari ini.
Pada majlis itu 365 perajurit muda berjaya menamatkan latihan latihan asas ketenteraan selama 24 minggu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...