Penyelia, pembantu pusat pemulihan didakwa pukul pelatih tukar pengakuan kepada tidak bersalah
M.Jason Jai Ganesh, 48, dan Kelvin Raymond, 26, mengubah pengakuan itu ketika sebutan semula kes di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Dalam prosiding pada 26 Mac lepas, mahkamah menetapkan hari ini untuk serahan laporan perubatan dan hukuman.
Kedua-dua mereka secara bersama didakwa sengaja menyebabkan cedera parah kepada mangsa berusia 38 tahun menggunakan paip polyvinyl chloride (PVC) di pejabat pengurusan pusat pemulihan di Lenggeng, Nilai dekat sini kira-kira pukul 11 pagi, 19 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz dan kedua-dua tertuduh diwakili Patrick Samuel Sebastian.
Terdahulu Patrick memohon wang jaminan rendah dikenakan terhadap anak guamnya berikutan mereka berasal daripada keluarga miskin dan mempunyai tanggungan selain kedua-duanya telah berada di penjara dari tarikh ditangkap pada 20 Mac lepas.
Meor Sulaiman kemudian menetapkan jaminan masing-masing RM8,000Â dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
—Â BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.