Sorting by

×

Penyelesaian hakisan tanah, legakan penduduk

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KOTA MELAKA 16 November – Kira-kira 100 pemilik rumah di Taman Permatang Pasir Perdana, di sini, menarik nafas lega apabila tindakan awal diambil bagi mencegah hakisan tanah berhampiran kediaman mereka.

Pengerusi persatuan penduduk taman berkenaan, Felix Lai berkata, masalah hakisan itu dikesan oleh penduduk sejak lima bulan lalu apabila mendapati pokok yang berada di kawasan berkenaan mula tumbang.

Katanya, bimbang hakisan tanah di kawasan itu yang terletak tidak sampai satu kilometer dari kediaman mereka, merebak dan menjadi semakin serius, aduan kemudian dibuat ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Ketua Menteri agar tindakan dapat diambil.

“Dalam tempoh tidak sampai lima bulan, hakisan sudah berlaku hampir 10 meter jadi dengan faktor air pasang besar tidak mustahil ia akan terus terhakis dan boleh menjejasksan keselamatan penduduk kerana kediaman kami berhampiran laut.

“Hari ini dengan perjumpaan diadakan, saya dan penduduk lega kerana langkah penyelesaian awal akan diambil bagi mengatasi masalah ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Turut hadir ke perjumpaan bersama wakil JPS dan Pejabat Ketua Menteri itu adalah Calon Barisan Nasional (BN) Perlimen Kota Melaka Kon Qi Yao.

Sementara itu, Qi Yao berkata, daripada penyelesaian yang dibuat, JPS sudah bersetuju membina tembok setinggi satu meter sebagai langkah penyelesaian awal manakala tindakan jangka panjang turut akan dilaksanakan.

“Tembok sepanjang kira-kira satu kilometer itu dijangka akan dibina menjelang awal tahun hadapan dan saya akan lakukan follow up dari semasa ke semasa bagi memastikan pembinaan tembok itu berjalan seperti yang dijadualkan.

“Malah turut dicadangkan pembinaan ‘gabion’ sebagai langkah jangka panjang bagi mencegah hakisan daripada kawasan itu terus merebak ke kawasan perumahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3060
Kongsi :
Previous post Sebahagian daripada beberapa rumah Orang Asli tertimbus akibat tanah runtuh
Next post Bantuan ‘one-off’ dan kurangkan beban nelayan pada musim tengkujuh
Ubah saiz-+=