Sorting by

×

‘PENYANGAK’ KAYU BAKAU KENA CEKUP, DR. AKMAL BURU ‘JERUNG’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MERLIMAU 19 Disember – Seorang lelaki yang dipercayai mencuri kayu bakau secara haram di kawasan sepanjang Ayer Tawar ke Sebatu, di sini, akhirnya dicekup polis selepas hampir sebulan pengintipan dan pemantauan dilakukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebelum ini pernah memuat naik video berhubung isu kecurian itu pada 21 Januari lalu susulan aduan yang diterima pada penduduk kampung.

Hari ini, beliau sekali lagi memuat naik video rentetan kejayaan pihak polis dalam menangkap suspek yang diburu sejak bulan lalu itu.

Dr. Muhamad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata, walaupun yang diberkas hanyalah pekerja bawahan, namun baginya ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam memburu ‘jerung’ (ketua) yang menjalankan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Kepada ‘jerung-jerung’ di atas yang menjalankan perkara (perbuatan) ini, kamu tunggu..aku akan kejar kamu sampai dapat.

“Ini baru ‘ikan bilis’ kita tangkap untuk dapatkan ‘jerung’ nanti,” katanya dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi beliau.

Sementara itu, dalam rakaman video itu, ketika ditanya Dr. Muhamad Akmal ke mana kayu-kayu itu akan dibawa, suspek dalam rakaman video memaklumkan, ia (kayu bakau) akan dihantar ke kilang-kilang.

Malah, suspek turut mengakui telah dua tiga kali melakukan perbuatan itu kerana kononnya dimaklumkan pengambilan kayu bakau itu dibenarkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

251
Kongsi :
Previous post SUSU PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK HANG TUAH JAYA
Next post PERSATUAN HOKKIEN SEDIA JADI ‘DUTA’ TARIK PELABUR KE MELAKA