
Penuntut UTHM maut digilis lori
ALOR GAJAH 17 Sept. – Seorang penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, maut selepas digilis lori dalam kemalangan di Jalan Hutan Percha, di sini, pagi tadi.
Taufik Hidayat Mohd Rasul, 20, yang menunggang motosikal Honda meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi tadi, mangsa dikatakan sedang belajar menunggang motosikal bersama bapanya dengan menaiki motosikal berasingan.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melaka Perdana, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah lori dari sebelah kiri.
Namun, motosikal yang dinaiki mangsa bergesel dengan lori berkenaan sebelum terjatuh dan digilis kenderaan berat itu.
“Siasatan mendapati cuaca pada ketika itu baik dan kedua-dua kenderaan masih berada di tempat kejadian.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...