
Penunggang motosikal parah tercampak ke kubur
TELOK MAS 5 Februari – Berpantang maut sebelum ajal, itu gambaran kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di hadapan Masjid Qariah Alai, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.24 pagi itu, penunggang motosikal berusia 24 tahun patah kaki kiri selepas tercampak daripada motosikal memasuki tanah perkuburan Islam masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dari arah Alai ke Lebuh AMJ itu dipercayai cuba memotong sebuah lori di lokasi kejadian.
Katanya, ketika memotong, mangsa telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta dari arah bertentangan menyebabkan motosikalnya hilang kawalan, lalu merempuh sebuah lagi kereta yang dipandu guru berusia 37 tahun.
“Akibat rempuhan itu, mangsa telah tercampak ke kawasan kubur Masjid Qariah Alai.
“Mangsa dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans dan kini ditempatkan di zon kuning,” katanya.
Menurut beliau, ketika kejadian tiada rakaman litar tertutup dan saksi bebas tampil memberi keterangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...
RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027
PAYA RUMPUT 14 Mac - Masalah hakisan yang membelenggu Pantai Puteri bakal berakhir apabila projek tambakan pantai peranginan itu bermula...