Sorting by

×

Penunggang motosikal maut rempuh lembu

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

TELOK MAS 8 Januari – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lembu dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) berhampiran Kandang di sini, malam tadi.

Kemalangan itu turut melibatkan dua lagi kenderaan iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta.

Dalam kejadian pada jam 9.10 malam itu, Muhammad Hafizudin Rosli, 27 yanbg menunggang motosikal jenis Yamaha 135C maut di lokasi kejadian manakala pemandu SUV jenis Honda HRV iaitu seorang wanita berusia 26 tahun dan pemandu Honda Stream seorang lelaki berusia 27 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati pemandu wanita dan pemandu lelaki serta mangsa dalam perjalanan dari arah yang sama iaitu dari Semabok menghala ke Tiang Dua.

Katanya, difahamkan pemandu wanita terbabit merempuh dua ekor lembu yang melintas jalan sebelum kenderaannya dirempuh kereta dari arah belakang.

“Susulan itu, penunggang motosikal yang juga dari arah sama melanggar pula lembu yang terbaring di atas jalan raya akibat dilanggar SUV tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke atas pembahagi jalan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Dua lembu berkenaan turut mati di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Whatsapp Image 2024 01 08 At 10.15.19 16b7bf27 Fotor 20240108113656
LEMBU yang mati di lokasi kejadian. Foto ihsan PDRM

Mengulas lanjut, Christopher berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Katanya, setakat ini tiada saksi bebas tampil memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4382
Kongsi :
Previous post Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih
Next post Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 6,564 orang
Ubah saiz-+=