
Penunggang motosikal maut rempuh kereta
ALOR GAJAH 18 Julai- Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Paya Datuk, di sini, petang semalam.
Akibat kemalangan mangsa Azam Abu Samah, 51, parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan Alor Gajah menghala ke Paya Datuk.
“Sementara itu kereta Honda Accord dipandu lelaki 57 tahun sedang keluar dari simpang rumah untuk ke Pekan Alor Gajah.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan tidak sempat mengelak dan merempuh tepi sebelah kanan bahagian belakang kereta,” katanya.
Arshad berkata, kira-kira jam 5.25 petang pihaknya dimaklumkan waris, mangsa yang sedang menerima rawatan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Kedua-dua kenderaan kini ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,141 JEMAAH MELAKA TUNAI HAJI TAHUN INI, PALING MUDA 16 TAHUN
PENGKALAN BATU 24 April - Seramai 1,141 jemaah Melaka menerima tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Exco...
PERBADANAN KETUA MENTERI RAIKAN RAKAN STRATEGIK PADA MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
AYER KEROH 24 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) meraikan rakan strategik termasuk jabatan dan agensi Kerajaan Negeri berkaitan,...
RAYA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA MERIAH MACAM DULU-DULU
PENGKALAN BATU 24 April - Bagai mengembalikan nostalgia raya dulu-dulu, itu suasana kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama...
‘ABANG RIDER’ BANTU POLIS CEKUP PERAGUT
AYER KEROH 24 April - Tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan atau 'abang rider' membantu polis menahan seorang lelaki yang dipercayai...
SPM 2024: 10,532 CALON DI MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL
AYER KEROH 24 April - Jumlah calon sekolah Kementerian Pendidikan di Negeri Melaka yang layak menerima sijil bagi peperiksaan Sijil...
TUJUH SEKOLAH LUAR BANDAR JASIN CATAT 100 PERATUS LULUS SPM 2024
AYER KEROH 24 April - Tujuh sekolah luar bandar di Daerah Jasin cemerlang, apabila merekodkan pencapaian 100 peratus layak menerima...