
Penunggang motosikal maut dirempuh
PAYA RUMPUT 25 Jun – Seorang penunggang berusia 35 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Krubong, di sini malam tadi.
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 10.20 malam manakala pemandu kereta jenis Toyota Corolla tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta berusia 28 tahun itu dalam perjalanan dari Peringgit ke Pengkalan, Alor Gajah.
Sebaik tiba di lokasi kejadian berhampiran Jalan Krubong Perdana, katanya, pemandu tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa yang menunggang motosikal secara melawan arus.
“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Ujarnya, sampel darah mangsa dan pemandu diambil sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.
“Dua kenderaan yang terbabit kemalangan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut.
“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...