
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok
LENDU 8 Januari – Penunggang motosikal berdepan detik cemas selepas terperangkap di bawah timbunan ranting dan dahan pokok tumbang dalam kejadian di laluan Hutan Simpan, di sini, jam 5.50 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, seramai tujuh anggota termasuk komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.
“Mangsa berusia 54 tahun menunggang motosikal jenis Honda Wave, namun secara tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mangsa.
“Mangsa yang cederan berjaya dikeluarkan seterusnya diserahkan kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya kerja-kerja pembersihan pokok kemudian diteruskan oleh pihak bomba sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.36 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...