Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut digilis

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

ALOR GAJAH 22 Julai – Seorang penjawat awam maut dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti dalam kemalangan di Kilometer 213.2 Lebuhraya Utara – Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Mohd Firdaus Md. Ramli, 38, bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Melaka Tengah menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha MT09 Tracer maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan daripada utara menghala ke selatan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti sebelum terjatuh di atas permukaan jalan.

“Susulan itu badan mangsa dilanggar kenderaan yang tidak pasti itu sehingga separuh anggota badannya hancur.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut hingga kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala motosikal mangsa dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan.

“Polis sedang mengesan saksi yang melihat kejadian itu bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8875
Kongsi :
Previous post Isytihar Klebang kawasan ‘hijau’ pertanian
Next post Reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini dilanjut tujuh hari
Ubah saiz-+=