
Penunggang maut dirempuh MPV
MERLIMAU 17 November – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Merlimau – Jasin di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, Mohd Hairudin Mahat, 48 yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan bekerja sebagai pemandu lori maut di lokasi kejadian.
Pemandu MPV jenis Hyundai Staria berusia 47 tahun serta empat lagi penumpang tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Merlimau menghala ke Jasin manakala kereta berkenaan dari arah bertentangan.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian MPV dipandu hilang kawalan sebelum memasuki laluan mangsa sebelum merempuh mangsa.
“Akibat rempuhan itu, mangsa parah di bahagian kepala, kaki dan tangan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...