Sorting by

×

Penumpang tersepit, Viva dirempuh Honda Civic

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BUKIT PIATU 22 September – Tiga sahabat cemas selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ), Jalan Bukit Piatu, di sini, jam 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan membabitkan Perodua Viva dan Honda Civic.

Katanya, ketika kejadian Perodua Viva terbabit dalam perjalanan dari arah Stadium Fatimah menghala ke Bukit Piatu.

“Sementara itu Honda Civic pula dari arah Bukit Palah menghala ke Semabok dan kedua-dua kenderaan ini bertembung.

“Siasatan dijalankan mendapati ketika kejadian laluan lampu isyarat Perodua Viva, hijau dan dipercayai pemandu Honda Civic tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu dan dua penumpang Perodua Viva mengalami kecederaan selain kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.15 pagi, sebelum sebuah jentera bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kami mendapati tiga mangsa di dalam Perodua Viva dan seorang wanita yang juga penumpang belakang tersepit.

“Operasi menyelamat mangsa kemudian dijalankan sebelum wanita terbabit diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2887
Kongsi :
Previous post Potensi khazanah alam Rim
Next post Musim tengkujuh: Kerajaan peruntuk lebih RM16.4 juta bantuan bencana tahun ini
Ubah saiz-+=