Sorting by

×

Penugasan PDRM dalam SAR ambil kira faktor kebajikan, kepakaran

Masa Membaca:54 Saat

BATANG KALI, 19 Dis – Penugasan pegawai dan anggota polis bagi mengesan sembilan lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm yang masih hilang, telah mengambil kira aspek kebajikan dan kepakaran masing-masing, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata pegawai dan anggota polis terlibat sememangnya sudah terlatih dari segi emosi dan fizikal, dalam apa jua cabaran dan keadaan terutama melibatkan bencana seperti operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kualiti persediaan dan latihan serta tugasan telah diterapkan sebagai pengetahuan dan kemahiran pengurusan, serta aspek psikologi yang berkesan.

“Walaupun keletihan, saya yakin barisan petugas dapat memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan misi SAR berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian sekitar 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter, telah menimpa tapak perkhemahan itu yang terletak di Jalan Genting-Batang Kali.

Setakat 12 tengah hari 19 Dis (hari ini), sembilan mangsa masih hilang, manakala 24 lagi terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

— BERNAMA

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1839
Kongsi :
Previous post ATM keluar ‘senjata’ baharu, dua jengkaut diba bantu operasi SAR tanah runtuh
Next post Anwar bukti keabsahannya sebagai PM10 di Parlimen
Ubah saiz-+=