Sorting by

×

Penternakan ikan tilapia air payau bakal hasilkan pulangan lumayan

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

KUALA LINGGI 16 Dis – Dalam tempoh empat bulan lagi, nelayan peserta projek perintis penternakan ikan tilapia merah air payau di perairan Kuala Linggi, di sini bakal menikmati pulangan lumayan

Ini kerana projek oleh Jabatan Perikanan, yang pertama seumpamanya di Melaka itu bakal membuahkan hasil pertama apabila ikan itu mula dipasarkan.

Ketua kumpulan nelayan yang menjayakan projek itu, Azmi Mohd Nordin, 62, berkata beliau dan 15 nelayan lain bersyukur dan berterima kasih kepada jabatan itu kerana memilih mereka sebagai peserta projek.

“Kami menghadiri temuduga oleh pegawai jabatan itu untuk dipilih sebagai peserta projek pada Ogos lalu dan Alhamdulillah dalam tempoh tiga bulan selepas itu sangkar ikan sudah siap dibina oleh kontraktor.

“Jabatan Perikanan memperuntukkan lebih RM400,000 untuk membina 64 sangkar ikan yang setiap satu berukuran 3×4 meter di perairan Kuala Linggi, iaitu lokasi pertembungan antara air masin laut dengan air tawar Sungai Rembau,” katanya ketika ditemui di sangkar ikan itu hari ini.

AZMI Mohd Nordin memerhatikan ikan tilapia merah air payau dalam sangkar di perairan Kuala Linggi, dekat Masjid
Tanah. Foto Din Ahmad

Katanya, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dengan setiap kumpulan ada empat nelayan dan setiap satunya ditugaskan berada di pelantar yang menempatkan 64 sangkar selama 24 jam untuk memberi makanan kepada ikan dan mengawal keselamatan.

“Terpulanglah kepada setiap kumpulan itu sama ada ingin menempatkan dua peserta bagi setiap 12 jam penugasan kerja atau empat orang sekali gus selama 24 jam.

“Yang penting ialah 70,000 ikan tilapia merah yang baharu dilepaskan ke dalam sangkar pada Selasa lalu sentiasa dipastikan dalam keadaan selamat, katanya.

“Dengan kadar kemasinan air antara 10 hingga 15 di perairan itu berbanding 30 di laut, ikan tilapia merah sesuai hidup dalam air payau dan rasanya lebih lazat berbanding tilapia air tawar,” katanya.

Azmi berkata, berdasarkan kajian Jabatan Perikanan dan pengalaman penternak ikan tilapia air tawar sebelum ini, ikan itu mampu mencapai berat antara 500 hingga 600 gram seekor selepas dipelihara antara tiga hingga empat bulan.

Katanya, berat ikan seumpama itu amat sesuai untuk dipasarkan pada harga antara RM10 hingga RM12 sekilogram.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2462
Kongsi :
Previous post UTeM realisasi hasrat jadi Universiti Kesukarelawanan
Next post PRN Sarawak: 1,485 petugas bantuan PDRM bertugas di 11 IPD
Ubah saiz-+=