
‘Penternak kupang terjejas akan dibantu’
SERI NEGERI 25 Ogos – Kerajaan Melaka akan mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan bagi menyalurkan bantuan kepada penternak-penternak kupang yang terjejas di negeri ini.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata para penternak telah mengalami kerugian berikutan larangan penuaian kerang-kerangan itu sebelum ini.
“Alhamdulillah kita sudah angkat larangan menuai kupang di Melaka dua minggu lalu, semua kupang dan dwi cengkerang sekitar perairan negeri ini telah diuji, Alhamdulillah selamat untuk dimakan.
“Kita dalam perbincangan untuk lihat apa jenis bantuan yang boleh kita salurkan kepada mereka ini supaya mereka boleh memulakan penternakan kupang dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di- Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat di Seri Negeri, pagi ini.
Terdahulu Dr. Muhamad Akmal menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk disampaikan Tun Dr. Mohd Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...