
Pensyarah, pelajar selami budaya Orang Asli
TABOH NANING 4 Disember – Seramai 19 pensyarah dan 23 pelajar Fakulti Sains Sosial (FSS) Universiti Melaka (UNIMEL) mengadakan lawatan ke Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah baru-baru ini.
Pensyarah Kanan FSS, Fazurah Mustaffa berkata, Program Ramah Mesra Bersama Komuniti Orang Asli bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar mengenai budaya dan kehidupan masyarakat Orang Asli.
Selain itu katanya, program itu memupuk sifat keprihatinan terhadap masyarakat berkenaan.
“Program itu diketuai oleh pengarah program, Mohd Tarmizi Samat dan mendapat sambutan lebih daripada 100 komuniti masyarakat Orang Asli.
“Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk penanaman bunga, motivasi ke sekolah, sukaneka selain mempelajari budaya masyarakat Orang Asli seperti menyumpit dan anyaman,” katanya.
Pada program berkenaan, majlis perasmian penutup dirasmikan Naib Canselor UNIMEL, Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora yang turut dihadiri Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Alor Gajah dan Jasin, Adzrien Ab Rahim.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...