
Penoreh getah mengaku tidak bersalah rogol anak
Penoreh getah berumur 52 tahun itu didakwa bersetubuh dengan anak perempuannya yang berumur 24 tahun, iaitu satu perbuatan yang tidak dibenarkan di bawah undang–undang, hukum agama, adat atau kebiasaan, kira-kira pukul 10.30 malam 8 pada Julai lepas.
Bagi pertuduhan kedua pula lelaki itu dituduh melakukan perbuatan sama antara Nov dan Dis 2019 pada waktu pagi di rumah yang sama ketika anaknya berumur 20 tahun.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Norma Ismail kemudian menetapkan wang jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat iaitu tertuduh tidak boleh menganggu mangsa serta saksi sehingga kes selesai dan sekiranya melanggar perintah itu jaminan ditarik serta-merta.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARGA RUNCIT RON97 TURUN 4 SEN, RON95 DAN DIESEL TIDAK BERUBAH – MOF
KUALA LUMPUR 30 Julai - Harga runcit RON97 turun sebanyak 4 sen kepada RM3.17 seliter bagi tempoh 31 Julai hingga...
WANITA RUGI RM600,000 TERPERDAYA PELABURAN DALAM TALIAN
BUKIT MERTAJAM 30 Julai - Seorang wanita kerugian RM600,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud. Pemangku...
MUFTI MELAKA NASIHAT PIHAK TERLIBAT MOHON MAAF ISU QUNUT NAZILAH
BANDARAYA MELAKA 30 Julai - Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil menasihatkan pihak yang terlanjur melafazkan doa Qunut Nazilah...
PENJAWAT AWAM RUGI LEBIH RM80,000 DIPERDAYA SINDIKET PELABURAN PELANCONGAN
CHUKAI 30 Julai - Seorang penjawat awam kerugian RM82,196 selepas diperdaya sindiket pelaburan pelancongan. Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd...
PPSPM MAHU MELAKA RIVER CRUISE KEKAL SEBAGAI IKON PELANCONGAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 30 Julai - Pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menetapkan setiap perancangan diatur dalam mencapai sasaran...
KONVOI 107 KENDERAAN WARNAI KEMBARA MERDEKA PERINGKAT NEGERI MELAKA
RIM 30 Julai - Kibaran Jalur Gemilang dipasang pada 107 pelbagai jenis kenderaan, mewarnai suasana dan membangkitkan semangat patriotisme dalam...