Penjawat awam tolak vaksin, gagal laksana dasar kerajaan

Masa Membaca:58 Saat

LENDU 8 Sept – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan segelintir kakitangan awam yang menolak vaksin sebagai gagal dalam melaksanakan perkhidmatan dalam kerajaan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, sebagai pekerja dalam kerajaan penjawat awam perlu menyokong dan terlebih dahulu melaksanakan dasar, bukannya menolak perlaksanaannya.

“Kita gagal dalam perkara ini sedangkan kita sebagai anggota kerajaan tidak perlu menolak vaksin, tapi perlu buktikan keyakinan kepada rakyat bagaimana mencapai imuniti kelompok dengan cepat.

“Setakat ini kira-kira 30,000 kakitangan awam belum mendaftar menerima vaksin dan ada antaranya memberi alasan mempunyai masalah kesihatan.

“Jadi, kita minta mereka tampil untuk mengetahui apa situasi sebenar dalam permasalahan ini supaya mereka tidak boleh terus menerima tanggapan negatif daripada orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Alor Gajah, di sini petang tadi.

Adnan berkata, justeru pihak meminta kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk membuat saringan berkala terhadap penjawat awam yang menolak untuk divaksinasi.

“Kita meminta perkara ini dipertimbangkan, namun meminta mereka (penjawat awam) tampil untuk kita tahu situasi sebenar kerana pelaksanaan sariangan memerlukan kos,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

430
Kongsi :
Previous post Suami isteri antara empat ditahan curi sarang kelulut
Next post ‘Geng Yus EX5’ curi motosikal dan pecah pejabat ditahan
Ubah saiz-+=