Sorting by

×

Penjawat awam Melaka sahut amanat Ketua Menteri

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 10 Jan – Penjawat awam di negeri ini menyambut baik saranan kerajaan negeri menggunakan tema’Kecekapan Pelaksanaan Demi Kemakmuran Negeri Melaka’ dalam usaha menggerakkan serta merancakkan kembali ekonomi negeri tahun ini.

Penjawat awam, Ezlyn Fardiha Zainal berkata perkara itu menjadi motivasi buat penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini.

“Sebagai penjawat awam hari ini kita dengar sendiri amanat yang disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, kita amat menyambut baik segala saranan yang dikemukakannya.

“Ini sebagai motivasi buat penjawat awam, tadi YAB Ketua Menteri minta kita untuk melaksanakan kerja dengan cepat, tangkas dan cekap untuk mencapai semua visi yang dirancangkan tahun ini dan tahun mendatang,” katanya ketika ditemui MHI di Seri Negeri, hari ini.

PENJAWAT awam, Ezlyn Fardiha Zainal. Foto Iqmal Haqim Rosman

Manakala Mohd Fasarul Md Isa turut berharap agar tema itu dapat direalisasikan secepat mungkin menerusi kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh penjawat awam.

“Kita perlu merealisasikan di peringkat agensi kita, apa yang disampaikan Ketua Menteri itu kita kena tunaikan di peringkat agensi kita sendiri.

“Jangan kita hanya sekadar mendengar sahaja tetapi kita tidak menepati apa yang dihasratkan oleh beliau (Ketua Menteri),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1089
Kongsi :
Previous post Tak sempat berlumba, polis sita 26 kereta, tahan pemandu
Next post Pelajar Kg Bemban naik bot tempur ATM ke sekolah
Ubah saiz-+=