
Penjawat awam Melaka perlu sokong aspirasi kerajaan semasa
AYER KEROH 23 Jun – Penjawat awam di negeri ini digesa bertindak mendukung aspirasi kerajaan semasa dalam memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, selaku tulang belakang kerajaan negeri, penjawat awam memainkan peranan yang cukup penting dalam menyebarluaskan segala dasar terkini kerajaan.
“Saya amat berharap agar anda semua sebagai penjawat awam negeri dan persekutuan di negeri Melaka dapat membantu menyebarluaskan segala maklumat, polisi serta dasar terkini kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan kepada masyarakat dengan penuh bertanggungjawab dan berintegriti.
“Sebagai penjawat awam, anda semua perlu bertindak dan mendokong aspirasi kerajaan semasa serta bertindak juga sebagai agen perubahan dalam masyarakat, khususnya dalam membudayakan amalan norma baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Penjawat Awam Kerajaan Negeri Melaka Bulan Jun 2020 menerusi sidang video secara langsung di Facebook rasminya hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK YATIM JENTIK HATI KENG CHIA PELUK ISLAM
KESIDANG 17 Mac - Keindahan cara kehidupan Islam yang tertib dan teratur diamalkan anak-anak yatim yang dijaganya 'menjentik' hati lelaki...
SWM KONGSI KEGEMBIRAAN RAMADAN
Oleh: Azwani Mohammad AYER KEROH 17 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama golongan...
RM8 JUTA BAIK PULIH 13 KLINIK KESIHATAN DAIF DI MELAKA
DUYONG 17 Mac - Sejumlah RM8 juta diperuntukkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih 13 buah klinik...
TUMBUK KEPALA PENUNGGANG MOTOSIKAL, LELAKI DITAHAN POLIS
AYER KEROH 17 Mac - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul kepala seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti di persimpangan...
KONGSI REZEKI, SANTUNI 1,000 PENDUDUK AYER LIMAU
AYER LIMAU 17 Mac - Atas semangat mahu berkongsi rezeki pihak Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau melaksanakan Program...
50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN
KLEBANG 17 Mac - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan,...