Sorting by

×

PENJAWAT AWAM MELAKA HAYATI AMANAT PM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 3 Januari – Lebih 300 penjawat awam Kerajaan Negeri menyaksikan siaran langsung Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari 2025 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Kehadiran itu membabitkan kakitangan daripada agensi dan jabatan Kerajaan Negeri bagi mendengar amanat yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkhidmatan dan tanggungjawab penjawat awam.

Antara yang disentuh Perdana Menteri dalam ucapan beliau adalah berhubungkenaikan gaji dan kaedah meningkatkan mutu perkhidmatan penjawat awam kepada rakyat.

Selain itu Perdana Menteri mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memastikan perkhidmatan disampaikan secara menyeluruh bagi agar tidak ada rakyat terpinggir, miskin dan tersisih.

Siaran langsung berkenaan dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) negeri, Datuk Maslina Baki; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) negeri, Datuk Saiful Hazwa Kipli, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin.

Yang hadir sama Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Tuminah Kadi@Mohd Hasim; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah; Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong dan barisan ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.

Terdahulu majlis perjumpaan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diadakan di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya pagi ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

137
Kongsi :
Previous post BAJET MELAKA 2025, INISIATIF MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT
Next post BAJET 2025 MELAKA PACU KEGEMILANGAN SEKTOR PELANCONGAN – PPSPM
Ubah saiz-+=